Tuesday, February 4, 2014

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Persatuan Pondok Kelantan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad serta beberapa lagi badan bukan kerajaan yang mana telah mendapat izin pihak kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan Daurah Kitab Tafsir Aljailani karya Syekh Abdul Qadir Aljailani yang akan disampaikan oleh Syeikh Sidi Rohimudin AlJahary Albantani pada 8 feb ,Sabtu yang akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.Daurah ini akan diadakan sebulan sekali.Lokasi daurah bertempat di dewan Pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad ,Pt 929 wisma Pondok Pasir Tumboh bersebelahan Stesen Minyak Esso.

Kitab tafsir ini telah diterjemah dan telah ditahkik oleh Syekh Dr Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani dari Turki yang merupakan keturunan Syekh Abdul Qadir AlJailani yang mana telah hadir sebagai tetamu kerajaan negeri Kelantan semasa Ijtimak Ulama Nusantara baru-baru ini. Ilmu yang terdapat didalam kitab ini sangat bernilai dan berharga kerana tersimpan rahsia agung yang mana kitab ini telah disembunyikan selama hampir 500 tahun oleh orientalis Barat.

Sehubungan dengan itu ,para ilmuwan dan pencinta ilmu dijemput hadir beramai-ramai untuk mengikuti pengajian daurah tersebut yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat .Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia Tn.Hj Bahanudin 011 1781 4205 atau Cikgu Izani 0196145154. Kitab tafsir berbahasa Arab dan terjemahan boleh didapati semasa hari pengajian berlangsung.

No comments:

Post a Comment