Monday, August 15, 2016

Laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan pusat rawatan islam di malaysia.
hanya sekadar memanjangkan info kursus sahaja. yang berminat untuk mengiklankan kursus sila isi borang di sebelah.

Wednesday, July 27, 2016

KURSUS / BENGKEL PENGUBATAN KAEDAH ISLAM

Cari Kursus ?

Kepada yang mencari kursus-kursus atau seminat atau bengkel pengubatan islam sila ke ruang mohon kursus.


Penganjur
Kepada yang Penganjur yang menganjur kursus / seminar / bengkel yang ingin membuat iklan di laman ini sila ke ruang mohon iklan kursus


Kami akan menyediakan satu borang online iaitu Borang Tempahan Kursus yang di buat khas bagi memudahkan peserta untuk membuat tempahan. Borang itu akan di SETUP kan ke email penganjur sendiri. Sila beri email yang lengkap pada kami semasa memohon iklan kursus / seminar / bengkel.

untuk maklumat lanjut boleh hubungan bahagian pengurusan laman ini di email kursusrawatan@gmail.com atau mengisi borang pertanyaan


Sekian
Bah.Pengurusan Kursus

Friday, March 13, 2015

Kursus Tabib Penyembuhan Spiritual Pancaran Nur



Kursus ini dirangka khusus bagi mereka yang ingin mendalami teknik rawatan spiritual dan mampu mempraktikkan teknik rawatan selepas mempelajarinya dan mengamalkannya.

Melalui kursus ini anda BERPELUANG;


  1. Mempelajari teknik dan amalan yang diperlukan untuk merawat pelbagai penyakit. 20 SILIBUS bakal dikupas satu per satu sepanjang kursus.
  2. Kursus merangkumi teori, praktikal dan dan pemantauan sepanjang masa.
  3. Mengembangkan syiar Islam melalui kaedah memberi bantuan rawatan ke atas mereka yang memerlukan.
  4. Membantu merawat diri, keluarga dan masyarakat yang mengalami gangguan spiritual atau fizikal.
  5. Peserta akan mendapat sanad amalan dan ijazah perubatan.

Para peserta juga akan mendapat KELEBIHAN:


  1. Didaftarkan bawah Pertubuhan Pengusaha Perubatan Tradisional Negeri Pahang (PETRA).
  2. PETRA merupakan badan yang bernaung bawah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).

Silibus Pengajian

  1. Amalan Khusus Tabib Rawatan Penyembuhan.
  2. Etika dan ciri-ciri seorang Tabib Penyembuhan.
  3. Teknik khusus membuat Air penawar pelbagai penyakit.
  4. Kupasan masalah gangguan jin dan masalah ilmu sihir.
  5. Teknik rawatan masalah gangguan jin dan sihir.
  6. Kupasan mengenai masalah gangguan SAKA.
  7. Teknik rawatan gangguan SAKA.
  8. Teknik mengembalikan ilmu sihir kepada pelakunya.
  9. Teknik Pemagaran Premis dan kediaman.
  10. Teknik khusus Membuang Susuk.
  11. Teknik khusus membuang ilmu hitam.
  12. Teknik khusus merawat masalah penyakit gila.
  13. Teknik khusus rawatan masalah suami isteri.
  14. Teknik khusus rawatan pelarisan perniagaan.
  15. Teknik khusus mandian Pembuka Aura.
  16. Teknik khusus merawat masalah penyakit fizikal.
  17. Teknik urutan melalui titik istimewa.
  18. Teknik khusus membuat minyak penawar bagi pelbagai penyakit.
  19. Teknik khusus membuat minyak pengasihan dan pelarisan.
  20. Pengijazahan Amalan pelbagai fungsi (Doa, hizib, asma’ dan rahsia teknik rawatan yang hanya akan diajar khusus pada peserta).
  21. Peperiksaan bertulis dan pengijazahan amalan utama Tabib Rawatan Penyembuhan Spiritual Pancaran Nur.

Maklumat Kursus

Yuran: RM500.

Pelaburan anda untuk menyertai kursus ini RM500 setiap seorang. Nilainya jauh lebih kecil berbanding kelebihan, tips, dan rahsia yang bakal dikongsikan bersama pakar dalam bidang rawatan spiritual. Pelaburan anda merangkumi nota pengajian, sijil penyertaan kursus dan keahlian Pertubuhan Pengusaha Perubatan Tradisional Negeri Pahang (PETRA), bernaung bawah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).

Tarikh Kursus: 5 April 2015 (Ahad)
Tarikh tutup pendaftaran 1 April 2015

Bayaran deposit (RM200) selewat-lewatnya pada 1 April 2015 dan baki boleh dibayar ketika hari kursus.

PENDAFTARAN

Daftar Sekarang 

\
Anda akan dibimbing sepenuhnya oleh tenaga pengajar. Sanad amalan dan ijazah perubatan juga akan diberikan juga.

Jangan lupa DAFTAR HARI INI sebelum penuh!

Monday, November 10, 2014

SIMPOSIUM - PERUBATAN ISLAM MALAYSIA - PERCUMA !!


DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN 

Borang Pendaftaran SPEIM 1


Maklumat lanjut sila ke : http://speim.my/

28 & 29 November 2014 | 
UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang
Anjuran Persatuan Terapi Islam Al-Fatah Malaysia & UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang

Sebuah program dalam sumbangan dakwah 
bagi pembangunan masyarakat

Objektif
  1. Memahami kepentingan Perubatan Islam dalam kehidupan manusia.
  2. Mengembalikan keyakinan aqidah dalam kesihatan melalui Perubatan Islam.
  3. Membina jaringan dakwah Islam melalui pengembangan ilmu Perubatan Islam.
  4. Membezakan syariat Perubatan Islam yang tulen dan palsu.
  5. Membina kecemerlangan Perubatan Islam dalam pengamalan oleh pengamal dan penglibatan oleh masyarakat.

Tuesday, March 18, 2014

PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM 2014

Kami adalah sebuah organisasi progresif dan innovatif yang sedang berkembang pesat dalam mempraktikkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak;  ingin mempelawa individu yang berminat untuk menjalani: 


PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
Separuh Masa, 12 bulan
Pengambilan: Feb / Jun / Nov 2014 


Program secara Separuh Masa selama 12 bulan berkonsepkan Skim Perantisan. Pelatih akan dibimbing secara peribadi oleh Cikgu Indera Saifullah (Ketua Perawat / Pengasas ); dengan dibantu oleh Para Guru dan Perawat lain; di dalam aspek Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah (Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Suplimentari dan Komplimentari); serta segala ilmu-ilmu dunia dan akhirat yang berkaitan, demi mencari keredhaan Allah SWT. In shaa Allah.

Program dipecahkan kepada 3 Pendekatan:
1) Kuliah Teori dan Praktikal: Setiap JUMAAT, jam 9:00 - 12:00 malam
2) Jadual Kerja Fleksibel
3) Aktiviti Ibadah dan Sokongan

Di akhir Program, Pelatih akan dianugerahkan dengan Sijil PLPI PUSRAQ (Mal). 

FAEDAH: Elaun Pelatih, Perubatan Islam PERCUMA serta Peluang Pembangunan Kerjaya yang cerah bersama PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TMBuku-buku Teks, Nota-nota Rujukan, Ujian Bertulis, Ujian Praktikal dan Pakaian Seragam disediakan. 

KADAR SUMBANGAN: 
RM200 sebulan (Pendaftaran: RM100)

SYARAT KEMASUKAN:

Memiliki SPM / Sijil / Diploma / Ijazah
Lelaki / Wanita beragama Islam dan Warganegara Malaysia
Berumur antara 25 hingga 35 tahun
Boleh membaca Al-Quran dengan lancar
Boleh bekerja sebagai Perawat (Pelatih) mengikut Jadual Kerja Fleksibel
Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan

Untuk memohon, sila hantar Surat Permohonan, Resume yang lengkap dan
sekeping Gambar terbaru berukuran passport ke alamat berikut:

Pentadbir - Program Latihan Perawat Islam
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM
d/a INDERA SAIFULLAH RESOURCES
B3-1-K10 Ground Floor
Sri Meranti Apartment 
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

atau melalui email: alqayyum.holistic@gmail.com

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah - Perawat Kanan)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: SEHINGGA KEKOSONGAN DIPENUHI
(Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

Layari: http://alqayyum2u.blogspot.com/

Tuesday, February 4, 2014

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Persatuan Pondok Kelantan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad serta beberapa lagi badan bukan kerajaan yang mana telah mendapat izin pihak kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan Daurah Kitab Tafsir Aljailani karya Syekh Abdul Qadir Aljailani yang akan disampaikan oleh Syeikh Sidi Rohimudin AlJahary Albantani pada 8 feb ,Sabtu yang akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.Daurah ini akan diadakan sebulan sekali.Lokasi daurah bertempat di dewan Pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad ,Pt 929 wisma Pondok Pasir Tumboh bersebelahan Stesen Minyak Esso.

Kitab tafsir ini telah diterjemah dan telah ditahkik oleh Syekh Dr Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani dari Turki yang merupakan keturunan Syekh Abdul Qadir AlJailani yang mana telah hadir sebagai tetamu kerajaan negeri Kelantan semasa Ijtimak Ulama Nusantara baru-baru ini. Ilmu yang terdapat didalam kitab ini sangat bernilai dan berharga kerana tersimpan rahsia agung yang mana kitab ini telah disembunyikan selama hampir 500 tahun oleh orientalis Barat.

Sehubungan dengan itu ,para ilmuwan dan pencinta ilmu dijemput hadir beramai-ramai untuk mengikuti pengajian daurah tersebut yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat .Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia Tn.Hj Bahanudin 011 1781 4205 atau Cikgu Izani 0196145154. Kitab tafsir berbahasa Arab dan terjemahan boleh didapati semasa hari pengajian berlangsung.

Thursday, September 5, 2013

Kursus Asas Rawatan Islam Pancaran Nur Siri Ke-2


Kursus Asas Rawatan Islam Pancaran Nur Bersanad Siri ke-2.
Kursus Asas Rawatan Islam Pancaran Nur Bersanad Siri ke-2.
Sekali lagi, Pusat Rawatan Pancaran Nur dengan kerjasama Pusat Rawatan Darul Ulum menganjurkan satu kursus asas rawatan bagi mereka yang ingin melengkapkan diri dengan pengetahuan sebagai persediaan menghadapi hari-hari yang akan datang.
Berikut merupakan silibus yang akan dikongsikan.
  1. Amalan Khusus Perawat
  2. Teknik Rawatan Gangguan Jin & Sihir
  3. Teknik Rawatan Saka
  4. Teknik Pemagaran Rumah & Premis
  5. Teknik Menghancurkan Sihir & Membalas Tukang Sihir
  6. Teknik Penyembuhan Melalui Garam
  7. Teknik Rawatan Membuang Susuk
  8. Teknik Urutan Melalui Titik Istimewa (Fizikal & Spiritual)
  9. Teknik Membuat Minyak Penawar
  10. Pengijazahan Amalan Pendinding
  11. Pengijazahan Beberapa Amalan Pelbagai Fungsi

JADUAL TARIKH & LOKASI


28 September 2013
M-Suites Hotel, Johor Bahru
Sdr. Hazry, 013-726-9779
5 Oktober 2013
Sutera Inn Hotel, Kota Bharu
Sdr. Nazim, 019-758-0557
12 Oktober 2013
Prima Sri Gombak, Gombak
Sdr. Azri, 010-835-2866
26 Oktober 2013
Heritage Hotel, Ipoh
Sdr. Nazim, 019-758-0557
16 November 2013
Royal Hotel, Kuala Lumpur
Sdr. Fahmi, 013-320-7287
Terbuka kepada muslimin dan muslimat yang berminat. Yuran RM300. Daftar sekarang dan tempat terhad. Mari bersama kami merealisasikan Satu Keluarga Satu Perawat.

Friday, June 28, 2013

Stiker Kereta


Boleh order sekarang ! RM10 free pos
Limited
sila email ke sahabatgua@gmail.com
Nama:
Hp: 
Alamat untuk Pos :

Sunday, April 21, 2013

Kursus Asas Rawatan Islam Pancaran Nur


Pusat Rawatan Pancaran Nur dengan kerjasama Pusat Rawatan Darul Ulum menganjurkan satu kursus asas rawatan bagi mereka yang ingin melengkapkan diri dengan pengetahuan sebagai persediaan menghadapi hari-hari yang akan datang. Berikut merupakan butir-butir kursus yang akan diadakan.

Lokasi:
Fakulti BioSains & BioKejuruteraan, UTM Skudai, Johor

Tarikh:
25 Mei 2013 (Sabtu)

Masa:
8.30 pagi – 5.00 petang

Moderator:
Sidi Muhammad Izwan bin Ibrahim

Yuran: RM250

Berikut merupakn silibus yang akan dikongsikan.

  1. Amalan Khusus Perawat
  2. Teknik Rawatan Gangguan Jin & Sihir
  3. Teknik Rawatan Saka
  4. Teknik Pemagaran Rumah & Premis
  5. Teknik Menghancurkan Sihir & Membalas Tukang Sihir
  6. Teknik Penyembuhan Melalui Garam
  7. Teknik Rawatan Membuang Susuk
  8. Teknik Urutan Melalui Titik Istimewa (Fizikal & Spiritual)
  9. Teknik Membuat Minyak Penawar
  10. Pengijazahan Amalan Pendinding
  11. Pengijazahan Beberapa Amalan Pelbagai Fungsi

Pendaftaran dibuka sekarang kepada muslimin & muslimat dan tempat terhad. Untuk pendaftaran anda boleh SMS dengan Saudara Hazry (Pusat Rawatan Darul Ulum) di talian 013-7269779.

Nota pengajian, sijil penyertaan & pengiktirafan, jamuan sepanjang pengajian disediakan. Bersama merealisasikan “Satu Keluarga, Satu Perawat”

Sunday, April 14, 2013

Kursus Ijazah Kubra Pancaran Nur


Pusat Rawatan Islam Pancaran Nur melalui Program Pengembangan Spiritual & Ilmu Hikmah memperkenalkan satu program terbaru bagi mereka yang berminat untuk mendalami dunia spiritualis dan ilmu hikmah. Modul-modul yang kami tawarkan dalam kursus ini merangkumi modul keselamatan & beladiri, modul rawatan, modul kerezekian, pelarisan & perniagaan dan pelbagai lagi. Kursus diadakan secara berkala iaitu dianjurkan pada setiap minggu di pusat rawatan. 

Antara modul yang ditawarkan: 

  • Keselamatan Al-Hirs (1 Jun, 8.30 pagi)
  • Kerezekian Ar-Riziq (1 Jun, 2.00 petang)
  • Rawatan Bio Syifa (8 Jun, 8.30 pagi)
  • Rahsia Terapi Kasih (8 Jun, 2.30 petangi)

Siapa yang patut sertai?

Kursus terbuka kepada orang awam tidak kira sama ada perawat alternatif, ahli perniagaan, pasukan keselamatan (bomba, tentera, polis dan lain-lain) pegawai sektor kerajaan, pegawai sektor swasta, penganggur dan anda yang berminat untuk mendalami dunia spiritual walaupun anda merasakan diri anda tidak layak.

Misi Kursus

  • Memperkenalkan kepada orang awam tentang kaedah-kaedah atau amalan-amalan orang dahulu kala atau secara tepatnya para aulia’ dan ‘alim ‘ulama yang bertujuan untuk mencapai sesuatu hajat. 
  • Mengajar dan membimbing orang awam yang dihimpit masalah dan memberi jalan kepada mereka. 
  • Memberi galakan kepada orang awam untuk terus mencari jalan penyelesaian.

Visi Kursus

  • Mengembalikan manusia untuk pulang ke hakikat sebenar penciptaan manusia dan meletakkan harapan dan kebergantungan kepada Allah Yang Masa Esa.
  • Menyedarkan manusia tentang usaha dan ikhtiar hanya merupakan alat untuk mencapai sesuatu hajat. Memberi suntikan kepada manusia untuk terus beramal secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Mewujudkan atau melahirkan semula generasi yang berzikir secara berterusan.

Layari laman web, untuk info lebih lanjut.