Monday, November 10, 2014

SIMPOSIUM - PERUBATAN ISLAM MALAYSIA - PERCUMA !!


DI BUKA UNTUK PENDAFTARAN 

Borang Pendaftaran SPEIM 1


Maklumat lanjut sila ke : http://speim.my/

28 & 29 November 2014 | 
UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang
Anjuran Persatuan Terapi Islam Al-Fatah Malaysia & UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang

Sebuah program dalam sumbangan dakwah 
bagi pembangunan masyarakat

Objektif
  1. Memahami kepentingan Perubatan Islam dalam kehidupan manusia.
  2. Mengembalikan keyakinan aqidah dalam kesihatan melalui Perubatan Islam.
  3. Membina jaringan dakwah Islam melalui pengembangan ilmu Perubatan Islam.
  4. Membezakan syariat Perubatan Islam yang tulen dan palsu.
  5. Membina kecemerlangan Perubatan Islam dalam pengamalan oleh pengamal dan penglibatan oleh masyarakat.

Tuesday, March 18, 2014

PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM 2014

Kami adalah sebuah organisasi progresif dan innovatif yang sedang berkembang pesat dalam mempraktikkan Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak;  ingin mempelawa individu yang berminat untuk menjalani: 


PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
Separuh Masa, 12 bulan
Pengambilan: Feb / Jun / Nov 2014 


Program secara Separuh Masa selama 12 bulan berkonsepkan Skim Perantisan. Pelatih akan dibimbing secara peribadi oleh Cikgu Indera Saifullah (Ketua Perawat / Pengasas ); dengan dibantu oleh Para Guru dan Perawat lain; di dalam aspek Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah (Perubatan Islam, Tradisional, Alternatif, Suplimentari dan Komplimentari); serta segala ilmu-ilmu dunia dan akhirat yang berkaitan, demi mencari keredhaan Allah SWT. In shaa Allah.

Program dipecahkan kepada 3 Pendekatan:
1) Kuliah Teori dan Praktikal: Setiap JUMAAT, jam 9:00 - 12:00 malam
2) Jadual Kerja Fleksibel
3) Aktiviti Ibadah dan Sokongan

Di akhir Program, Pelatih akan dianugerahkan dengan Sijil PLPI PUSRAQ (Mal). 

FAEDAH: Elaun Pelatih, Perubatan Islam PERCUMA serta Peluang Pembangunan Kerjaya yang cerah bersama PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TMBuku-buku Teks, Nota-nota Rujukan, Ujian Bertulis, Ujian Praktikal dan Pakaian Seragam disediakan. 

KADAR SUMBANGAN: 
RM200 sebulan (Pendaftaran: RM100)

SYARAT KEMASUKAN:

Memiliki SPM / Sijil / Diploma / Ijazah
Lelaki / Wanita beragama Islam dan Warganegara Malaysia
Berumur antara 25 hingga 35 tahun
Boleh membaca Al-Quran dengan lancar
Boleh bekerja sebagai Perawat (Pelatih) mengikut Jadual Kerja Fleksibel
Mempunyai lesen dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan

Untuk memohon, sila hantar Surat Permohonan, Resume yang lengkap dan
sekeping Gambar terbaru berukuran passport ke alamat berikut:

Pentadbir - Program Latihan Perawat Islam
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM
d/a INDERA SAIFULLAH RESOURCES
B3-1-K10 Ground Floor
Sri Meranti Apartment 
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

atau melalui email: alqayyum.holistic@gmail.com

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
017-765 1747 (Mu'alij Zain Misbah - Perawat Kanan)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: SEHINGGA KEKOSONGAN DIPENUHI
(Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

Layari: http://alqayyum2u.blogspot.com/

Tuesday, February 4, 2014

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Daurah Kitab Tafsir Al Jailani di Pasir Tumboh 8 Feb 2013(SABTU)

Persatuan Pondok Kelantan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad serta beberapa lagi badan bukan kerajaan yang mana telah mendapat izin pihak kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan Daurah Kitab Tafsir Aljailani karya Syekh Abdul Qadir Aljailani yang akan disampaikan oleh Syeikh Sidi Rohimudin AlJahary Albantani pada 8 feb ,Sabtu yang akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.Daurah ini akan diadakan sebulan sekali.Lokasi daurah bertempat di dewan Pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad ,Pt 929 wisma Pondok Pasir Tumboh bersebelahan Stesen Minyak Esso.

Kitab tafsir ini telah diterjemah dan telah ditahkik oleh Syekh Dr Muhammad Fadhil Jailani Al Hasani dari Turki yang merupakan keturunan Syekh Abdul Qadir AlJailani yang mana telah hadir sebagai tetamu kerajaan negeri Kelantan semasa Ijtimak Ulama Nusantara baru-baru ini. Ilmu yang terdapat didalam kitab ini sangat bernilai dan berharga kerana tersimpan rahsia agung yang mana kitab ini telah disembunyikan selama hampir 500 tahun oleh orientalis Barat.

Sehubungan dengan itu ,para ilmuwan dan pencinta ilmu dijemput hadir beramai-ramai untuk mengikuti pengajian daurah tersebut yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat .Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak urusetia Tn.Hj Bahanudin 011 1781 4205 atau Cikgu Izani 0196145154. Kitab tafsir berbahasa Arab dan terjemahan boleh didapati semasa hari pengajian berlangsung.