Wednesday, July 27, 2011

KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA` KEDAH KUMPULAN KETIGA

Permohonan di buka bagi yang berminat menyertainya yang akan diadakan di alor setar pada penghujung oktober 2011 hingga oktober 2012. kursus ini merupakan anjuran bersama pejabat YAB Menteri Besar Kedah dan darussyifa` Kedah. bagi yang berminat sila layari laman blog . www.darussyifakedah.wordpress bagi mendapatkan borang. tarikh tutup pada 30 ogos 2011. tempat adalah terhad kepada 150 peserta terawal sahaja. yuran kursus meliputi , makan,yuran ahli darussyifa` seumur hidup, makan tengahari dan buku pengajian perubatan islam sebanyak 5 jilid dan, tanda nama. Pemohon juga boleh menghubungi pusat rawatan darussyifa alor setar di alamat 299 taman malaysia alor setar pada waktu rawatan iaitu isnin, khamis, jumaat dan sabtu. atau talian 013-2090421 - ustaz mohd alawi(pengerusi Kedah)

juga


PENGAMBILAN PELAJAR/PELATIH DARUSSYIFA' NEGERI PERAK KALI KE-5

PENGAMBILAN PELAJAR/PELATIH DARUSSYIFA' NEGERI PERAK KALI KE-5

Adalah dimaklumkan satu pengambilan pelajar/pelatih Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') Negeri Perak kali ke 5 telah dibuka. Pemohon adalah terdiri daripada muslimin dan muslimat yang berminat untuk mempelajari kaedah rawatan pengubatan Islam serta beristiqomah untuk bersama-sama Darussyifa' menawarkan khidmat bakti masyarakat. Pemohon hendaklah mampu membaca al-Quran serta berkeinginan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Tempat kuliah akan diadakan seperti tarikh berikut:-

Tarikh :
1 Oktober 2011

Tempat: 
Kolej Islam Darul Ridzuan

No comments:

Post a Comment