Thursday, May 5, 2011

Kursus Meneroka Rahsia Diri 14 Mei 2011

 TAMAT

Assalamualaikum..InsyAllah Persatuan Pembimbing Insan Kelantan dengan Kerjasama Irsyad One Resources akan mengadakan kursus bimbingan meneroka rahsia diri (MRD)dan di penghujung kursus peserta akan diijazahkan amalan Zikir yang sanadnya bersilsilah sehingga Rasulullah S.A.W.

Berikut adalah maklumat berkenaan MRD :



Tarikh : 14 MEI 2011 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Kubang Kerian Kota Bharu
Peserta : Terbuka kepada semua golongan belia ,ipt dan dewasa.
Yuran : RM 170 sahaja
Masa : 8.30 pagi - 6 ptg
Perhubungan : Cikgu Izani 0196145154
Web : Http://salammotivasi.blogspot.com


Sedikit Maklumat MRD :


BUKAN KURSUS TENAGA DALAM! Yang dibincangkan ialah TENAGA KEROHANIAN yang hanya diperolehi dengan jalan tunduk pada syariat, penyucian hati dari mazmumah, ubudiyyah, tawadhu', menenggelamkan diri dalam Kuasa Allah bukan kuasa diri! Adapun tenaga kerohanian itu dengan sendirinya akan menguatkan tenaga dalaman diri anda...
BUKAN JUGA KURSUS MIND POWER! Kehebatan potensi akal juga akan disentuh, namun ia bukanlah menjadi fokus utama. Tanpa cahaya hati (yang diperolehi melalui kaedah amalan ulama tasawuf muktabar) maka cahaya akal itu masih terdedah kepada bahaya gelombang nafsu dan syaitan. Cahaya hati akan menerangkan cahaya akal dengan sendirinya, dan memperolehi hikmah-hikmah yang tiada batasannya!
TERAS : AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Segala ilmu yang dipersembahkan dan amalan yang diberikan adalah merujuk kepada disiplin-disiplin yang digariskan oleh para ulama muktabar Asya'irah dan Al Maturidiah, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Ghazali dan lain-lainnya, serta merujuk kepada karya-karya ulama' silam nusantara seperti Syeikh Abu Shamad Palembang, Syeikh Abd Malik (Tok Pulau Manis) dll.
AMALAN BERSANAD DAN BERSALASILAH Kedua-dua perkara ini sangat penting dalam setiap pengajian ilmu dan penerimaan amalan. Sila rujuk sub-menu "Sanad dan Silsilah" di kolum kanan anda.
PROGRAM SUSULAN DAN BIMBINGAN BERTERUSAN Kursus ini hanyalah permulaan dan tidak berakhir di sini. Bagi peserta yang berminat bolehlah terus menyertai program-program susulan yang kami adakan. Lagi pula, jika ada sebarang pertanyaan hasil dari pengamalan yang dilakukan, mereka boleh merujuk kepada pihak kami.
TIDAK TERIKAT Di akhir kursus, kami akan berikan beberapa amalan bersilsilah kepada para peserta. Namun, ini tidak bererti kami mengikat peserta untuk mengikut jalur kami, bahkan digalakkan mendalami ilmu dan mencari mana-mana guru-guru mursyid yang lain. Dan peserta juga sebenarnya tidak terikat dengan amalan yang diberikan itu! Terpulanglah kepada masing-masing.
YURAN SUMBANGAN Sebahagian sumbangan yang anda berikan akan disalurkan kepada usaha pendidikan dan pembangunan agama. Maka, anda bukan sahaja memperohi manfaat ilmu dan amalan yang penuh barakah, malah pahala yang berpanjangan, insya Allah.
METHODOLOGI Bukan ceramah semata-mata (yang disampaikan melalui pendekatan motivasi dan santai), juga penggunaan audio visual, interaktif, nasyid, lagu, latihan praktikal dan doa munajat di akhir kursus.

No comments:

Post a Comment