Bengkel Rawatan Islam Bersiri - 7 Siri
(Sesi group 2) akan bermula pd 16/10/2010 (Sabtu) yang akan di Terajui oleh Al-Fadhil Ustaz Sahrhan Shafie, bengkel ini bertujuan untuk mengasah dan mencari pelapis Mualij (Perawat) dalam Ilmu Rawatan Islam yang berpandukan Ajaran Al-Quran dan As-Sunnah juga pengalaman petua serta ilmu Rawatan yang akan dikongsikan bersama oleh Us. Sharhan,
Bertempat di Dewan pengajian Masjid Al-Husna (Berdepan Sunway Pyramid) K.Lumpur, terbuka kepada semua golongan yang betul-betul berminat dalam Ilmu Perubatan Islam dalam memahami kaedah rawatan, cara, adab,amalan harian dan juga penggunaan Ayat-Ayat Syifa dalam Rawatan.
Bengkel akan diadakan setiap Bulan bermula pd 16/10/2010 dan berakhir pd 16/04/2011 sebelum kelas khusus (Tafaquh Ilaj>Perbincangan secara berkumpulan, ujian bertulis praktikal dan Pengijazahan) , setiap 7 siri yang akan dibentangkan mengikut tajuk dan kertas kerja tambahan (Serta Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus, Karangan Us. Sharhan) berikut adalah tarikh juga tajuk pengajian yang telah ditetapkan oleh pengurusan Sinar Zamdurrani :-
1) 16/10/2010 (Sabtu) >Pengenalan (Mengenali alam jin (Makhluk halus) dan alam persekitaran & Ayat-Ayat amalan 1)
2) 20/11/2010 (Sabtu)>jin dan ilmu Sihir jenis sihir/Ilmu hitam dalam pemujaan serta ilmu perbomohan & Ayat-Ayat amalan 2)
3) 18/12/2010 (Sabtu)>Menyingkap rahsia saka dan keturunan/membincangkan tentang amalan masyarakat dalam ilmu perubatan yang diturunkan dari nenek moyang khususnya dalam masyarakat melayu & Ayat-Ayat amalan 3)
4) 15/01/2011 (Sabtu)> Santau, jenis santau dan rawatan & Ayat-Ayat amalan 4.
5) 19/02/2011 (Sabtu)> Pukau dan Benteng/pagar serta amalan dalam menjaga diri,keluarga dan tempat kediaman dari gangguan makhluk jahat, serta Ayat2 amalan 5)
6) 19/03/2011 (Sabtu)> Petua serta rawatan dalam mencegah penyakit Fizikal (Penyakit darah-Darah tinggi, kencing manis, barah Lumpuh) dan petua segala petua didalam rawatan/Ayat2 amalan 6.
7) 16/04/2011 (Sabtu)> Ciri-ciri seorang perawat Islam juga persediaan juga cabaran Mualij dalam perubatan dan amalan-amalan dalam penggunaan Ayat-Ayat Syifa (Mukjizat Al-Quran Sebagai Panduan dan Penyembuh) dan Ayat2 amalan 7.
Sijil khusus Thobibi (Setiap siri) akan diberikan kelas akan bermula pd pkl 9.30 pagi dan berakhir pd pkl 4.30ptg (Minum pagi dan makan tghari disediakan)
Tempat pengajian : Dewan Masjid Al-Khusna (Berdepan Sunway Pyramid)
Pendaftaran terbuka kepada yang berminat hubungi pihak pengurusan dan sms kan nama penuh dan nombor untuk dihubungi>Sila SMS kan Nama anda ke talian 017-6819798/016-3799466/019-2445043
No comments:
Post a Comment