Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNYA, sekali lagi saya akan menganjurkan Kursus Rawatan Islam Untuk Diri Dan Keluarga, kali ini di Kedah Darul Aman. Maklumat kursus adalah seperti yang tertera di bawah.
KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA
Pada : 16hb DAN 17hb APRIL 2010
Tempat : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Fasilitator : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM (http://www.urutbatinrawatsihir.com/)
Yuran : RM 150.00
Sila Hubungi :- Ustaz Azrin 013-3239822 / En Azfa Rizal 012-5144106
(Sila hubungi awal untuk pengesahan kehadiran, penyertaan adalah terhad)
KURSUS RAWATAN ISLAM UNTUK DIRI DAN KELUARGA ini diadakan, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang jenis-jenis gangguan, tanda-tanda dan cara-cara untuk menangani masalah-masalah spiritual yang berkaitan dengan gangguan jin seperti sihir, saka dan lain-lain. InsyaAllah, selepas menghadiri kursus, peserta yang berkemampuan sudah boleh menjadi perawat. Diantara perkara-perkara yang akan disampaikan ialah :
- Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir
- Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir
- Tanda-tanda gangguan
- Rahsia kekuatan minda manusia
- Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar
Teknik-teknik rawatan seperti :
- Mengesan (scanning) gangguan pada pesakit
- Teknik-teknik Ruqyah
- Teknik-teknik berdialog dengan jin
- Teknik mengesan penipuan jin
- Teknik menarik bisa gangguan atau menarik jin
- Teknik memasung dan mengunci pergerakan jin
- Teknik memancung / menikam / menyerang jin
- Teknik merawat dengan menggunakan rotan
- Teknik Rawatan Kembara Minda (mind travel)
- Teknik-teknik serangan keatas jin dan ahli sihir
- Teknik memindahkan jin.
- Teknik memagar rumah / kedai / sekolah dari gangguan jin
- Teknik rawatan jarak jauh
- Teknik menyediakan air rawatan
- Rahsia Perawat Cemerlang
Amalan Perlindungan Diri :
- amalan-amalan perlindungan diri warisan ulama’ silam
- rahsia zikirullah
- rahsia pernafasan untuk membenteng diri
Pengijazahan amalan.
No comments:
Post a Comment