Tuesday, February 9, 2010

Seminar Perubatan Islam di Kuala Terengganu (27 Feb 2010-Sabtu)

TAMAT

Insyaallah, atas permintaan mereka yang ingin mendalami ilmu perubatan islam di Pantai Timur, maka kali ini, RIDAM membuka Kursus Perubatan Islam seperti butiran berikut:-

Tajuk:
Penyakit Mistik (Sihir, Histeria & Saka) serta kaedah merawatnya.

Tempat:
Dewan Hotel Kenangan, Kuala Terengganu.

Tarikh:
27 Februari 2010 (Sabtu)

Yuran(termasuk nota dan makan):
-RM120 (Umum)
-RM100 (pelajar )

Syarat Peserta
-Islam dan Waras
-Berumur 10 tahun ke atas

Pendaftaran
Selewatnya 19 Februari 2010. Sila bank-in yuran ke akaun RIDAM sebelum tarikh tutup sebagai pengesahan. Kerjasama anda amat dihargai.

Intisari Kursus
-Pengenalan Dunia Mistik (Siapa Jin? , Pengamal Ilmu Hitam dll)
- Penerangan jenis Sihir, Saka dan Histeria serta kaedah merawatnya
- Ilmu memagar diri dan kediaman
*Insyaallah, akan diajar teknik cepat melindung diri (pagar Lam Alif)
- Penerangan ilmu kebatinan sebagai rujukan agar tidak tertipu dengan ilmu hitam.
- Ijazah pengamalan

Pengijazahan
Insyaallah, jika diizinkan, akan diijazahkan amalan berikut:-
-Ayat 4 (pelindung diri)
-Syifa Nabi Khaidir (penyembuh)
-Bismillah 5 (penawar racun dan Santau)

No comments:

Post a Comment