Tuesday, December 22, 2009

TERKINI : AKRINE - Kursus Intensif Rawatan

KURSUS TAMAT

TERKINI : AKRINE - Kursus Intensif Rawatan
23-24 jan. 2010

Assalamu'alaikum.

Pihak Akrine akan menganjurkan kursus rawatan
pada 23-24 Jan. 2010
bertempat di Dewan Burhanuddin Helmi,
Kuang Selangor.

Anda yang berminat sila sms ke 019-7584801 dengan menyertakan nama penuh, samada pelatih baru atau bekas pelatih, lokasi dan bidang kerjaya.

selanjutnya di sini

Monday, December 21, 2009

Untuk Kursus Terkini - 26-12-2009

KURSUS TAMAT

Anjuran TIAF di Kelantan - Utz Wan Asrul
SIHIR, PERMASALAHANNYA DAN RAWATAN
26hb Dec 2009 (Sabtu)


Anjuran IQ Insan di Kedah - Ust Syeikh Hanafi Rahman Al-Fasfanji
KURSUS RAWATAN SIHIR & SAKA
26hb Dec 2009 (Sabtu)

Monday, December 7, 2009

Kursus Rawatan Islam anjuran TIAF di Kelantan...

KURSUS / SEMINAR TAMAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan

Rawatan

Tarikh : 26hb Dec 2009 (Sabtu)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Dewan A, Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan

Penyampai : TIAF

Yuran : RM90 (Umum)
RM60 (Pelajar)
- Termasuk Nota dan Jamuan.

Jumlah peserta : 60 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)

Objektif Kursus:

1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam dikalangan
masyarakat.

2) Membincangkan permasalahan sihir. (Khususnya di kalangan masyarakat
Pantai Timur)

3)Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani dan merawat permasalahan
sihir.

4)Mendedahkan perihal rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada
masyarakat umum.


Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam seminar sebagai perkongsian:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack)

2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal
sihir khususnya sekitar Pantai Timur.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya.



Bagi yang berminat dan sebarang pertanyaan boleh hubungi terus:

Ustaz Al-Azhar - 019-6879224 / 017-9797526
email : abumujahid09@yahoo.com.my
Ustaz Al-Aiman - 013-8211714
TIAF - 019-6727627

atau

1. Sms kan [ hadir, nama ] kepada no 019- 6879224

2. Tarikh tutup seminggu sebelum seminar

Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam meraih keredhaan dan kerahmatan ALLAH S.W.T.


Iklan dikeluarkan oleh abumujahid
diedit dari: http://terapi-alfatah.blogspot.com/2009/12/seminar-sihir-di-pantai-timur.html



Monday, November 16, 2009

Kursus Perubatan IQ Insan Bulan Desember [Santau & Saka]

KURSUS TAMAT

KURSUS RAWATAN SIHIR SANTAU

Tarikh:
13 Desember 2009 ( Ahad)

Tempat :
Masjid Saidana Abu Bakar , Bangsar, Kuala Lumpur

Penceramah :


Ust Mokhtar Kassan ,
Pakar Rujuk Rawatan Santau
Persatuan Perubatan Islam Darussyifa'

Yuran:
RM 150.00

Kumpulan Sasar
Pesakit / Pengamal Perubatan / Orang Awam

Makanan/Minuman/Sijil Disertakan


Cara Pendaftaran

1. Sms kan [ , , hadir, santau ] kepada no 019- 6666 004

2. Tarikh tutup 10 Desember 2009 (Jumaat)

3. Sebarang pertanyaan rujuk Ust Zaini Zainal 019-6666 004


KURSUS TAMAT


KURSUS RAWATAN SIHIR & SAKA

Tarikh:
26 Desember 2009 (Sabtu)
Tempat :
Masjid Daerah Kulim

Penceramah :


Ust Syeikh Hanafi Rahman Al-Fasfanji
Diploma Syariah KUSZA (1993)
B.A Syariah Al-Azhar (1999)
M.A Islamic Studies (2003)
Panel Forum Hal Ehwal Islam TV1 / Pendakwah Bebas

Yuran:
RM 120.00

Kumpulan Sasar
Pesakit / Pengamal Perubatan / Orang Awam

Makanan/Minuman/Sijil Disertakan


Pendaftaran

1. Sms kan [ , , hadir, saka ] kepada no 019- 6666 004

2. Tarikh tutup 10 Desember 2009 (Jumaat)

3. Sebarang pertanyaan rujuk


Ust Zaini Zainal 019-6666 004
atau

Ust Sharif (Pusat Zakat Kulim) 019-5216672

Tuesday, October 27, 2009

LATIHAN RAWATAN ISLAM - Akademi Maqari' Syifa' Qurani

KURSUS TAMAT

LATIHAN RAWATAN ISLAM

Dicatat oleh US OTHMAN HAMZAH di 21:05

Akademi Maqari' Syifa' Qurani akan mengadakan Latihan Rawatan Islam pada :

Modul 3 - 14 Nov 2009 (9.30 - 5.00 ptg)
Modul 4 - 15 Nov 2009 (9.30 – 5.00 ptg)

Sila Hubungi : 012-666 9362/ 016-275 8996
Daftar sebelum / pada 14 Nov 2009.

Penyampai: Syeikhul Maqari Hj. Othman bin Hamzah ( Mantan Imam Besar MSSAAS )

Yuran Latihan

RM 90.00- SATU modul @ 180 DUA Modul untuk peserta baru.
RM 75.00- SATU modul @ 150 DUA modul untuk pelatih AMSYIQ.
Sarapan, makan dan buku disediakan.

Bertempat

316 Pangsapuri Bistari, Persiaran Kemajuan, Seksyen 16 40000 Shah Alam

Kandungan Modul 3
Disertai buku ”Jampi dari Quran”

Amalan bagi penderita penyakit jin dan sihir. Ditimpa musibah, dukacita, penyakit jiwa, gangguan tidur, demam, sengatan, penyembuhan air zam-zam, madu lebah, habbatus sauda’ dan za’tar,& ayat ruqyah.

Kandungan Modul 4
Disertai buku ”Penyembuhan Qurani”

Memelihara kesihatan, Al Quran penyembuh penyakit, khasiat surah dan ayat, penyakit kanser, pelbagai penyakit dan masalah, murah rezeki, pengasih suami isteri, doa angin ahmar, dan lain-lain.

SESUAI DIIKUTI OLEH PENDERITA JIN DAN SIHIR DAN BAKAL PERAWAT

Wednesday, October 7, 2009

RIDAM-Kursus RAwatan Islam Anjuran Darul Manzil

KURSUS TAMAT

RIDAM-Kursus RAwatan Islam Anjuran Darul Manzil
- UIA GOMBAK

Rujuk laman web darulmanzil.blogspot.com
Tempat : Di UIA Gombak
Pada : 31 Okt - 1 Nov 2009

Tuesday, October 6, 2009

Kursus Darussyifa Kumpulan 22 Sesi 2010/2011

Sumber : Laman Web Darussyifa



PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' KUMPULAN KE-22 SESSI 2009/2011

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2009

TARIKH TEMUDUGA: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN



Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.

6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan buatlah permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, bayaran buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian tanpa kecuali. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM100.00.

13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.

Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.

Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-22, Sessi 2009/2010 (Iss1.0)

15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)


Friday, September 25, 2009

Latihan Perubatan Islam Maqari Syifa Qurani


KURSUS TAMAT

Tarikh / Masa
Sabtu 26 September(9.30 pg -5.00 ptg) Modul Satu
Ahad 27 September (9.30 pg -5.00 ptg ) Modul Dua

Masa Pendaftaran
9.00 pg- 9.30 pg

Tempat
Akademi Maqari Syifa’ Qurani),
Pangsapuri Bistari, Persiaran Kemajuan,
Seksyen 16, 40000 Shah Alam.
Selangor D.E.

Penceramah:
Kursus disampaikan sepenuhnya oleh Syeikhul Maqari hj. Othman b. Hamzah.

Yuran Latihan.
RM 90.00 untuk peserta mengikuti sesi satu atau sesi dua sahaja.
RM 180.00 bagi peserta yang mengikuti kedua-dua sesi.

Cara Bayaran
i. Secara Terus
ii. Bank Islam 14023020084406 [ Khainarida binti Manan @ Seman ]

Untuk pendaftaran sila hubungi:
Hajjah Khainarida bt. Manan. Tel: 012-666 9362.
Us. Hj. Mohd Taufik b. Pangilun al Muqri’. Tel: 016- 275 8996.
Us. Hairuddin b. Mohd. Diah al Muqri’. Tel: 012- 268 1380.
Ust. Asma’ bt. Othman. Tel: 016- 253 9519.
Ust. Aishah bt. Othman. Tel: 012- 914 9403

sebelum/pada 26 September 2009 dan penyertaan adalah terhad.


Rujukan
www.syeikhulmaqari.blogspot.com

------------------------------------------------------------

Latihan Rawatan Islam AMSYIQ.

1- Latihan Rawatan Islam Modul 1.
A. Objektif
1. Mengetahui tentang jin , syaitan, Qarin dan mengetahui jenis-jenis sakit (gangguan, sihir dan rasukan)..
2. Mempelajari peringkat-peringkat rawatan (sebelum,semasa dan sesudah rawatan).
3. Mempelajari dan mentalaqi ayat-ayat ruqyah qurani dan cara - cara membakar jin.

B. Kandungan Latihan
1. Alam Jin, alam syaitan, Qarin dan bagimana syaitan menguasai manusia.
2. Jenis penyakit dan rawatan.
3. Merawat: sifat-sifat perawat dan cara merawat.
4. Ayat-ayat Ruqyah, ayat menghadhirkan, ayat mengazab.
5. Cara-cara membakar jin dan cara mengunci jin.
------------------------------------------------------------

2- Latihan Rawatan Islam modul 2.

A. Objektif
1. Mengetahui tentang sihir dan rawatannya..
2. Mempelajari ayat-ayat dan surah syifa’...
3. Mengetahui mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mempelajari Ayat Ruqyah dan zikir pelindung..

B. Kandungan Latihan.
1. Sihir, cara mendinding diri dari sihir, jenis-jenis sihir dan ayat-ayat Syifa’. .
2. Cara-cara pelbagai untuk merungkai dan membatalkan semua kerja-kerja sihir.
3. Bagaimana mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mengamalkan pembelajaran secara peraktikal atau secara audio visual berdasarkan keadaan.

Thursday, September 17, 2009

Pengumuman: Pengambilan Pelatih Baru Darussyifa' Negeri Kedah

PERMOHONAN DI TUTUP

kursus pengubatan islam kali pertama

Pengambilan Pelatih Baru Darussyifa' Negeri Kedah


dimaklumkan kepada peserta yang terpilih, satu taklimat khas akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

tarikh: 17 oktober 2009 ( sabtu)
masa : 8 pagi
tempat : Dewan Seri Mentalon, Kediaman Rasmi MB Kedah, Alor Setar.
pakaian: berkopiah putih, baju lengan panjang warna cerah dan berkasut (lelaki)
menutup aurat serta warna cerah (wanita)

Surat jemputan rasmi akan dipos kemudian.
Takilimat tersebut akan disampaikan oleh Tuan Hj Abdul rahman Ahmad,
Pengerusi Darussyifa` Pusat B.B.Bangi.

dimaklumkan tarikh tutup permohonan akan dilanjutkan pada 30 september 2009. harap maklum.

pihak urusetia akan menyenarai pendekkan senarai peserta untuk tindakan selanjutnya.

Kursus Rawatan Anjuran Darul Hikmah

DI TUNDA / DI BATALKAN

Ijazah buku 50 AMALAN PARA WALI oleh



YBhg Ustaz Hanif Ghazali (Mudir Madrasah Zubaidiyah, Merbok Kedah) Hasil dari jualan buku dan sumbangan ini akan digunakan oleh YBhg Ustaz Hanif bagi pembangunan Madrasah beliau insyaALLAH)


Dan Diikuti dengan seminar pembukaan " TAREKAT DAN TASAUF SUNNAH RASULULLAH" Ustaz Abdul Malek Bin Ladzim

Tarikh Kursus : 31hb Oktober 2009 (dari jam 10.00 pagi hingga asar)

Tempat : Mesjid Saidina Uthman Bandar Baru Tun Razak

Bayaran : RM 150.00 Termasuk buku yang diijazahkan oleh Ustaz Haniff insyaALLAH .

Tarikh Tutup : 25hb Oktober 2009

Butiran bayaran : Maybank @ Maybank2u.com

Nombor akaun : 162106364673

Sila hubungi saya melalui

admin@terapialquran.com / 018 202 7559

Sekian Terima kasih



ADMIN

Pengumuman: Pengambilan Pelatih Baru Darussyifa' Negeri Perak.

PERMOHONAN DI TUTUP


TAWARAN PENGAMBILAN PELATIH BARU DARUSSYIFA' NEGERI PERAK TAHUN 2010 SEDANG DIBUKA. KULIAH PENGAJIAN AKAN DI ADAKAN DI PAKAT, KOTA LAMA KIRI, KUALA KANGSAR. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 30 OKTOBER 2009. SEBARANG KEMUSYKILAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI URUSETIA DIATAS. BORANG PERMOHONAN HENDAKLAH SAMPAI KE CAWANGAN ATAU MANA-MANA KLINIK DARUSSYIFA' BERHAMPIRAN.

SYARAT - SYARAT PEMOHON:-

  1. MUSLIM/MUSLIMAT

  2. MEMINATI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMPELAJARI ILMU PERUBATAN ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN ILMU ALLAH

  3. SENTIASA BERMINAT MENINGKATKAN PENGETAHUAN AGAMA

  4. BOLEH MEMBACA AL-QURAN (PEMOHON YANG TIDAK MAMPU MEMBACA AL-QURAN DINASIHATKAN AGAR MENDAPATKAN KELAS BIMBINGAN AL-QURAN DI MASJID/SURAU/PUSAT-PUSAT PENGAJIAN)

  5. BERKEMAMPUAN UNTUK MENGHAFAZ DOA/AYAT-AYAT AL-QURAN

  6. BERSEDIA MENGHADIRI KELAS DENGAN 85% KEHADIRAN SEPERTI DISYARATKAN

  7. BERKESANGGUPAN UNTUK BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT SETELAH BERJAYA MENDAPAT PENGIJAZAHAN SIJIL PERUBATAN ISLAM MELALUI KLINIK DARUSSYIFA' BERHAMPIRAN

  8. BERKEMAMPUAN UNTUK MENYELESAIKAN YURAN YANG DI SYARATKAN.

  9. SENTIASA TAWADDHUK DALAM TINDAKAN.

  10. PARA PENGHAFAZ AL-QURAN ADALAH SANGAT DIGALAKKAN

BORANG PERMOHONAN BOLEH DI DAPATI MELALUI KLINIK DAN CAWANGAN DARUSSYIFA' BERHAMPIRAN ATAU DOWNLOAD KAN TERUS MELALUI BORANG DIATAS.

Wednesday, September 2, 2009

Kursus Rawatan Intensif - Akrine Terbaru Oktober 09

KURSUS TAMAT


Kursus Rawatan Intensif

InsyaALLAH akan diadakan pada
31hb. Okt - 1hb. Nov 2009
bertempat di Kuang, Selangor.

Pendaftaran dibuka sekarang.
Sila sms nama penuh, lokaliti, pelatih akrine/baru, pekerjaan ke
019-7584801.


Mereka yang terpilih akan dimaklumkan 10 hari sebelum tarikh kursus.

Yuran : Baru (RM230.00 termasuk buku BDJ),
Pelatih (RM150.00),
Pelajar (RM120.00 tidak termasuk buku)

Tuesday, August 4, 2009

SEMINAR RAWATAN ISLAM 2009 - IQ INSAN

KURSUS TAMAT


SEMINAR RAWATAN ISLAM 2009


Tarikh : 16 Ogos 2009 ( Ahad )

Tempat : Masjid Abu Bakar Temerloh, Pahang.

Masa : 10.00 pg - 4.30 ptg

Pendaftaran : RM 70.00 ( Dibayar semasa hari program)

Cara Daftar : Sila SMS kan nama anda, no. kad pengenalan, "HADIR"

ke no berikut , 019-6666 004

Bahan : Kertas Kerja, Buku perubatan, makan t.hari dan sijil disediakan

Peserta : Terbuka kepada semua umat Islam (Terhad 70 orang sahaja)

Penceramah : Ybhg.Ust.Hanif Hj.Ghazali

(Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok, Kedah / Darussalam )

Tentatif : 9.30 pg : Pendaftaran peserta

10.00 pg : SESI 1 : "Menyingkap Misteri Alam Jin"

12.30 th : Makan tengahari / Solat Zohor

2.00 ptg : SESI 2 : "50 Amalan Pelindung Diri,Keluarga Dan Kediaman"

4.30 ptg : Seminar ditangguhkan. Solat Asar dan bersurai


KLINIK RAWATAN ISLAM


Akan diadakan selama dua hari bersempena seminar rawatan Islam.

Tarikh Klinik : 15 dan 16 Ogos 2009

Hari : Sabtu dan Ahad

Masa : 10.00 pg - 6.00 ptg

Tempat : Masjid Abu Bakar Temerloh, Pahang.

Perawat : Ust.Md Zaini/Ust.Hanif/Ust.Zul/ Lain-Lain Perawat

Penyakit : Gangguan Jin/Makhluk Halus : Sila bawa 21 biji limau nipis

Fizikal/Hajat Lain : Air mineral dijual pada hari klinik

Daftar Klinik : RM 20.00 sahaja

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust.Md Zaini Zainal : 019-6666 004
Sebarang Kemusykilan sila hubungi : Ust Md Zaini Zainal : 019-6666 004

Kursus / Latihan Rawatan Islam AKADEMI MAQARI' SYIFA' QURANI

KURSUS TAMAT

Kursus terbaru : Latihan Rawatan Islam pada : 15 ogos-16 ogos 2009
penceramah oleh Syeikhul Maqari' Haji Othman Bin Hamzah

Rujuk posting di bawah yang bertarikh 1 dan 2 Ogos untuk melihat Objektif dan kandungan Latihan:

http://kursus-perubatanislam.blogspot.com/2009/07/kursus-latihan-rawatan-islam-akademi.html

Wednesday, July 29, 2009

Kursus / Latihan Rawatan Islam AKADEMI MAQARI' SYIFA' QURANI

,KURSUS TAMAT


AKADEMI MAQARI' SYIFA' QURANI


1 dan 2 Ogos 2009

Latihan Rawatan Islam Ogos 2009
1- Latihan Rawatan Islam Modul 1.

A. Objektif

1. Mengetahui tentang jin , syaitan, Qarin.dan mengetahui jenis-jenis sakit (gangguan, sihir dan rasukan)..
2. Mempelajari peringkat-peringkat rawatan. (sebelum rawatan, semasa dan sesudah).
3. Mempelajari dan mentalaqi ayat-ayat ruqyah qurani dan cara - cara membakar jin.

B. Kandungan Latihan

1. Alam Jin, alam syaitan, Qarin dan bagimana syaitan menguasai manusia.
2. Jenis penyakit dan rawatan.
3. Merawat: sifat-sifat perawat dan cara merawat.
4. Ayat-ayat Ruqyah, ayat menghadhirkan, ayat mengazab.
5. Cara-cara membakar jin dan cara mengunci jin.

2- Latihan Rawatan Islam modul 2.

A. Objektif

1. Mengetahui tentang sihir dan rawatannya..
2. Mempelajari ayat-ayat dan surah syifa’...
3. Mengetahui mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mempelajari Ayat Ruqyah dan zikir pelindung..


B. Kandungan Latihan.

1. Sihir, cara mendinding diri dari sihir ,jenis-jenis sihir dan ayat-ayat Syifa’. .
2. Cara-cara pelbagai untuk merungkai dan membatalkan semua kerja-kerja sihir.
3. Bagaimana mengeluarkan jin dari rumah.
4. Mengamalkan pembelajaran secara peraktikal atau secara visual berdasarkan keadaan.

3. Tarikh / Masa

1 Ogos 2009 (9.30 pg -5,00 ptg) untuk Modul Satu.
2 Ogos 2009. (9.30 pg - 5.00 ptg) untuk Modul Dua.

Masa Daftar : 9.00 pg - 9.30 pg

4. Tempat :

Akademi Maqari Syifa’ Qurani,
Pangsapuri Bistari, persiaran kemajuan,
Seksyen 16, 40000 Shah Alam.
Selangor D.E.




5. Penceramah:

Kursus disampaikan sepenuhnya oleh Syeikhul Maqari hj. Othman b. Hamzah.

6- Yuran Latihan.

RM 75.00 untuk peserta mengikuti sesi satu atau sesi dua sahaja.

RM 150.00 bagi peserta yang mengikuti kedua-dua sesi.



7- Pendaftaran

Sila hubungi:Hajjah Khainarida bt. Manan. Tel: 012-666 9362.

Us. Hj. Mohd Taufik b. Pangilun al Muqri’. Tel: 016- 275 8996.

Us. Hairuddin b. Mohd. Diah al Muqri’. Tel: 012- 268 1380.

Ust. Asma’ bt. Othman. Tel: 016- 253 9519.

Ust. Aishah bt. Othman. Tel: 012- 914 9403

sebelum 31 Julai dan penyertaan adalah terhad.


1- Bagi yang menyempurnakan kedua-dua modul akan dianugerahkan sijil penyertaan kursus dan ijazah khas Mu’alij.

2. Bagi yang hadir satu modul sahaja dikurniakan sijil penyertaan .

3 Kertas kerja dan makan tengahari disediakan.

lanjutan http://syeikhulmaqari.blogspot.com/

Tuesday, July 28, 2009

Kursus Perubatan Islam Darussalam Kumpulan Ke - 7

DI TUTUP

KURSUS PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM
KUMPULAN KE 7




PENDAFTARAN MASIH DIBUKA
(Tarikh Tutup : 3 Ogos 2009)

YURAN
RM 500.00 (Tidak Termasuk Penginapan)



Hubungi Urusetia Untuk Keterangan Lanjut

Tempat Terhad



Kursus Rawatan Islam Untuk Diri & Keluarga


Untuk makluman : Kursus Perawat Intensif Untuk Diri Dan Keluarga akan diadakan mengikut permintaan. Terhad kepada empat orang peserta pada setiap kursus.

Sila hubungi Ustaz Azrin Abdul Karim di 013-3239822 atau ustaz_azrin@yahoo.com untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai.

Bagi sesiapa yang cenderung dengan kaedah rawatan Islam, kursus ini seharusnya menjadi pilihan anda. Jika anda berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM150. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.urutbatinrawatsihir.com/

Kursus Urut Tradisional & Pulih Tenaga Batin


Untuk makluman : Kursus Urut Tradisional dan Pulih Tenaga Batin akan diadakan mengikut permintaan. Terhad kepada tiga orang peserta pada setiap kursus.

Sila hubungi Ustaz Azrin Abdul Karim di 013-3239822 atau ustaz_azrin@yahoo.com untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai.

Diantara kandungan kursus ialah :

- Teori tentang Urut Tradisional
- Teknik mudah memahami kaedah Urut Tradisional
- Teknik Urut Perubatan
- Praktikal Urut Tradisional
- Teori tentang Urut Pulih Tenaga Batin
- Praktikal Urut Pulih Tenaga Batin
- Tips, petua dan amalan

Bagi sesiapa yang berminat sila sms atau emailkan nama, no kad pengenalan dan alamat. Harga Yuran ialah sebanyak RM250. Bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.urutbatinrawatsihir.com/

Monday, July 27, 2009

SEMINAR RAWATAN ISLAM (Bintulu, Serawak) - USTAZ SHARHAN SHAFIE

KURSUS TAMAT

SEMINAR RAWATAN ISLAM (Bintulu, Serawak)

bertempat di Dewan Masjid Assyakirin,
Bahagian Bintulu,
Jalan Tanjung Kidurong

Pada 08/08/09 (Sabtu)

tajuk : "Menangkis Kejahatan Makhluk Halus (Angkara Ilmu Hitam) dan Menyingkap Rahsia Alam Jin

antara perbincangan,

* Angkara Sihir Rumahtangga hancur,
* sihir dan bencananya,
* susuk/santau/pukau (pengenalan) saka dan keturunan,
* rahsia dalam rawatan Islam dan Ayat-Ayat amalan dalam Al-Quran.

Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk yang berada di Negeri Serawak

Sila SMS nama atau hubungi wakil kami dibintulu
(En. Idil Hj Ismail 019-4828001) dan juga emailkan nama penuh beserta No. tel/Hp kepada kami untuk pendaftarn (Pendaftaran RM30 termasuk makan Minum)

harap maklum.

KURSUS RAWATAN SANTAU,SIHIR & PENDAMAI KELUARGA

KURSUS TAMAT

KURSUS RAWATAN SANTAU,SIHIR & PENDAMAI KELUARGA


TARIKH : AHAD 9HB OGOS 2009

MASA : DARI JAM 9.30 PAGI - 4.00 PETANG.

TEMPAT : MASJID SAIDINA OTHMAN CHERAS

PENYAMPAI : TUAN GURU USTAZ ABDUL MALEK BIN HAJI LADZIM AL-AZHARI.

YURAN : RM 70.00

BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI MAYBANK2U : 162106364673 ZAILAN IBRAHIM

EMAIL : admin@terapialquran.com

NO TEL : 018 202 7559

Kursus Rawatan Terapi al-Quran (Santau, Sihir, Makhluk Halus)

Kursus Rawatan Terapi al-Quran (Santau, Sihir, Makhluk Halus) : Daftar Di Sini...

TAJUK KURSUS:
Kursus Rawatan Terapi al-Quran (Santau, Sihir, Makhluk Halus)

PENYAMPAI:
Tuan Guru Ustaz Abdul Malek Bin Haji Ladzim Al-Azhari

YURAN:
RM 120.00 (Ringgit: Seratus dan Dua Puluh Sahaja)- Bayaran Tunai untuk 6 slot. Dibayar pada hari pertama (pendaftaran) kursus.

6 Siri/Slot seperti berikut:
1/8/2009 , 15/8/2009, 5/9/2009, 3/10/2009, 17/10/2009, dan 31/10/2009

TEMPAT KURSUS:
Dewan Syarahan, Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

PENDAFTARAN:
Sila Hubungi Darul Hikmah , 019-4715232 No 16 Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan, Jln Tun Razak 05460 Alor Star Kedah

Tuan-tuan yang berminat juga boleh memberikan butiran-butiran yang diperlukan pada ruang 'comments' pada posting ini untuk dipanjangkan kepada urusetia kursus berkenaan. Butiran seperti berikut diperlukan:
1. Nama Penuh:
2. No. K/P:
3. No. Telefon Bimbit/Rumah:
4. Alamat Tempat Tinggal:

Atau emelkan kepada ibanmuslim@gmail.com

berita lanjut - http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/07/kursus-rawatan-terapi-al-quran-santau_3198.html

Seminar - Apa itu Tasauf dan Tareqat?

KURSUS TAMAT

Info Penuh klik di sini

Tajuk : Apa itu Tasauf dan Tareqat?
METODOLOGI ILMU TASAUF, SUMBER NYA DAN HUBUNGAN NYA DENGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

Tarikh : 09hb Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00am – 5.30pm
Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana, 75450, Bukit Katil, Melaka.
Yuran : RM 100 – Termasuk :
i) Nota
ii) Jamuan

Penyampai : Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Hizam Al Ahmadi, lebih dikenali sebagai MH-bicarasufi.com, Ginger-Sufigate.com &Forum TAQ, Hizam- Bicaratasawuf.proboards.com,

Jumlah Peserta : Maksimum 40 orang sahaja.

Objektif Kursus :

1) Memperkenalkan ilmu Tasauf dan Tareqat
2) Mendedahkan kepentingannya dalam ibadat seharian dan fungsinya yang utama serta penting di dalam rawatan jasmani dan rohani.
3) Memperbetulkan kesalahfahaman orang awam akan amalan-amalan Tareqat Muktabar.
4) Memperluaskan pengetahuan tentang ilmu yang wajar diamalkan dalam hidup

Aturmasa Majlis:

8:30pagi -9.00pagi : Pendaftaran

9.00pagi-10.30pagi : Slot 1 : METODOLGI TASAUF ,SUMBER NYA DAN HUBUNGANNYA DGN IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

10:30pagi-11pagi- minum pagi

11.00pagi-1.15tghhr: Slot 2 : PERBINCANGAN KITAB-KITAB TASAUF DI PERINGKAT MUBTADI,MUTAWASIT DAN MUNTAHI.

1:15tghhr-2:30ptg : Rehat/Makan tghhari

2.30ptg-3.30ptg : Slot 3 : Wirid-wirid Tareqat Ahmadiah, seperti Tahlil Khusus, Selawat Azimiah, Istighfar Kabir, Wirid 700, Kanzus Saadah, Ahzab dan syarah-syarah setiap satunya.


3.30ptg-4.30ptg : Slot 4 : Membicarakan tentang masalah Kashaf, Keramat, Waridah, Zauki, Malakut, Jabarut dan Lahut serta lain-lain lagi, InsyaALLAH.

4.30ptg-5:15ptg : Sesi soal jawab

5:15ptg - 5:45ptg : Minum petang/ bersurai.


Info Penuh klik di sini

Monday, July 13, 2009

Berkongsi Laman Blog - Kursus Perubatan Islam

Assalamualiakum, setelah berfikir saya rasa adalah lebih elok dan lebih molek sekiranya setiap rawatan kursus ini di isi dan edit sendiri oleh mereka-mereka yang mengendalikan Kursus Rawatan khususnya Rawatan Islam.

Oleh itu bagi mereka yang ingin membuat Post yang berkenaan dengan kursus/seminar/praktikal sila login laman ini dengan user dan password yang telah di buat khas tujuan ini.

Dengan pendedahan user dan password ini, saya berharap semua sahabat bertindak secara jujur dengan tidak mengubah mana2 setting danjuga password laman blog ini.

Untuk dapatkan user dan password sila lihat di bahagian bawah blog


InsyaAllah, kita listkan sebanyak yang boleh kursus/seminar/praktikal dalam blog ini yang bertujuan memudahkan pecinta-pecinta ilmu rawatan islam mendapatkan ilmu.

Wallahuaklam
Sahabat Gua

Friday, July 10, 2009

Kursus-Kursus Perubatan Islam

Assalamualaikum wbth.

Kepada pengunjung dan pencari ilmuan perubatan islam, InsyaALlah dalam waktu terdekat laman blog ini akan di online khas bagi menyenaraikan kursus-kursus/seminar/praktikal bagi bidang Perubatan Islam.

Kepada mereka-meraka, atau pusat-pusat rawatan islam yang ingin menyenaraikan Kursus/Seminar/Praktikal sila lah beritahu saya di bahagian yang di sediakan.

Harapan saya supaya blog ini menjadi tempat rujukan kursus/seminar/praktikal bagi mereka yang mencari-mencari ilmu perubatan islam.

Saya yang hina lagi daif serta jahil ini hanya mampu mendoakan supaya cita-cita Tuan-tuan di makbulkan oleh ALlah Taala di samping memartabatkan Ilmu Perubatan Islam.